Powered By Blogger

Selasa, 24 April 2012

Sekolah


Logo Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Rampai Kuala Lumpur. Cogan sekolah ialah Ilmu Teras Wawasan. Disinilah tempat saya menuntut ilmu selepas sekolah rendah(agama) dan sekolah kebangsaan. Cikgu sekolah ini sangat baik, sangat mesra dan sangat comel (tidak kira tua atau muda).



Pada 1/4/ 2011 yang lalu, saya dan rakan-rakan (semua pelajar tingkatan 4) membuat persembahan (separti gambar dibawah) pada hari Wilayah Persekutuan suasana di Dataran Merdeka sangat meriah dan sesak bila dilihat dari atas.


Pada masa yang sama, saya dapat belajar menari mengikut rentak lagu, apa-apa dalam hidup mesti ada disiplin yang tinggi dan lagu wilayah persekutuan yang baru.


Pada tahun 2011, (dari kiri) Nisa, Era, Solehah dan Mas bukan pergi raya tapi kami (pelajar tingkatan 4) disuruh oleh pihak sekolah  pakai-pakaian baju Kurung (perempuan) dan baju Melayu (lelaki) untuk menyambut dan memperkenalkan budaya tradisional kepada pelajar Australia.


Gambar diatas adalah salah satu permainan (congkak) yang kami main dan tunjuk kepada pelajar Australia. Kami gembira menujuk dan mengajar pelajar Australia.



Gambar diatas, permain bola sepak takraw, guru kokurikulam dan guru latih bola sepak takraw sedang mengambil gambar dengan pelajar Australia. Setengah pelajar Australia fasih berbahasa melayu. 

Jika ingin tahu tentang sekolah saya boleh buka blog sekolah seperti yang berikut:-
smktsr.blogspot.com